2019-11 Asiah Samiah

Berkesempatan menonton pementasan teater Asiah Samiah karya Dato’ Johan Jaafar pada 30 November 2019 lalu. Tak pernah saya menonton teater yang berdurasi tiga jam. Namun kekuatan jalan cerita dan penghayatan para pelakon dari segenap inci Asiah Samiah begitu hebat. Hinggakan tak terasa tiga jam terpaku di tempat duduk.

Juhara Ayob membawa watak Asiah Samiah.

Asiah Samiah diterbitkan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Teater ini telah dipentaskan sempena sambutan jubli perak institusi itu di Panggung Eksperimen ASWARA pada 28 November sehingga 1 Disember 2019.

Teater itu mengisahkan Asiah Samiah yang dijodohkan ibu dan bapanya dengan jutawan yang sudah 20 kali mendirikan rumah tangga iaitu Misa Sagaraga.

Asiah Samiah ketika muda.

Asiah mencintai pemuda miskin bernama Anas Samanda, tetapi bapanya berkeras menjodohkannya dengan Misa.

Bapanya mengukur kebahagiaan dengan harta dan kemewahan tanpa had. Ibu bapa Asiah sangat mengagumi Misa sebagai ahli perniagaan yang kaya dan berjaya.

Asiah dikahwinkan dengan Misa Sagaraga.

Namun, kekayaan Misa sebenarnya datang daripada hasil perniagaan haram dan rasuah. Penderitaan dan konflik jiwa Asiah Samiah semakin melebar apabila Misa merancang untuk mengubah keperibadian Melayu dalam diri Asiah ke arah kebaratan.

Banyak yang berlaku ke atas Asiah Samiah, sehingga akhirnya dia menjadi tidak siuman.

Beberapa babak menarik dalam Asiah Samiah.

Anas Samanda telah mati dalam perjuangan kerana dihukum mati. Marga pula terpenjara kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas Samanda. Walaupun beliau hadir untuk menunjukkan Laila Anurisah kepada Anas namun beliau dianggap bersimpati dan menyokong perjuangan Anas Samanda.

Anas Samanda dan Marga bertelagah menegakkan prinsip masing-masing.

Setelah keluar dari penjara, Marga terpaksa pula mendengar rintih pilu cerita Asiah Samiah. Drama ini diakhiri dengan kemunculan semula anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisa yang sudah remaja. Laila yang disangkakan sudah mati di tangan ayahnya (Misa Sigaraga), sebenarnya masih hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Laila telah diselamatkan dan dibawa lari ke luar negara.

Laila telah bertemu Marga tua dan mengucapkan terima kasih kepada Marga kerana telah menjaga dirinya ketika kecil. Asiah Samiah pula dikhabarkan sudah meninggal dunia.

Laila bertemu Marga tua untuk mengucapkan terima kasih.

——–
Hakcipta terpelihara @ fotolawa.com
Semua foto adalah dibenarkan untuk dimuat turun dan dimuat naik semula ke media sosial dengan memberikan kredit kepada fotolawa.com atau jurugambar Noor Kasmara Sokarnor.

Sebarang kegunaan untuk penerbitan di media cetak, buku, majalah atau akhbar adalah tidak dibenarkan tanpa keizinan fotolawa.com.
Sila hubungi 013-976 0187 untuk gambar resolusi tinggi dan perbincangan lanjut.

« 1 of 12 »
Scroll Up
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)

Facebook
Instagram
Twitter
Telegram
Langgan