Lens & Light: Cerita Di Sebalik Bengkel Fotografi Telefon di Politeknik Mersing

Pada 9 April 2025 yang lalu, Fotolawa berpeluang untuk berkongsi sedikit ilmu dan banyak pengalaman melalui bengkel “Lens & Light: Mobile Photography” bersama 149 orang peserta dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor. Peserta terdiri daripada pelajar dalam program Digital Entrepreneurship—generasi muda yang sememangnya celik teknologi dan sentiasa teruja belajar benda baru.

Saya yang pernah bertugas selama tiga setengah tahun di politeknik tersebut tidak berasa kekok bersama pelajar-pelajar, malah teruja untuk kembali bergaul dengan pelajar PMJ.

Bengkel ini berlangsung dalam suasana yang cukup santai, tapi tetap padat dengan ilmu. Saya bawakan topik-topik menarik dan praktikal berkaitan fotografi telefon—antaranya teknik asas komposisi, kawalan cahaya semula jadi, gaya flatlay untuk produk, serta penggunaan aplikasi suntingan gambar yang mesra pengguna dan percuma.

Salah satu momen yang paling saya hargai ialah kerjasama peserta. Mereka bukan sahaja aktif mengambil bahagian, malah tidak kekok untuk keluar dari zon selesa, mencuba pelbagai sudut dan gaya ketika sesi praktikal. Ada yang pertama kali ambil gambar dengan niat “nak jual produk” dan terus nampak hasilnya lebih kemas dan meyakinkan selepas sesi tersebut.

Lebih seronok bila mereka mula menyedari bahawa telefon di tangan mereka sebenarnya sudah cukup untuk menghasilkan gambar yang menarik dan profesional—dengan syarat tahu teknik dan rajin mencuba. Ramai peserta berkongsi rasa puas hati kerana bengkel ini membuka mata mereka tentang potensi telefon pintar dalam dunia keusahawanan digital.

Manfaat dari bengkel ini bukan sahaja dari aspek teknikal fotografi, tetapi juga dari sudut keyakinan dan kreativiti.

Terima kasih kepada pihak Politeknik Mersing atas jemputan dan layanan mesra. Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan dan Fotolawa akan sentiasa bersedia untuk kembali berkongsi cahaya dan lensa—demi komuniti kreatif dan usahawan muda kita.

Ingin laksanakan program serupa di tempat anda? Hubungi Fotolawa di wasap.my/60139760187/bengkelfotografi untuk maklumat lanjut.
2025-4 Bengkel Lens & Light: Mobile Photography
« of 2 »